Selasa, 19 Julai 2011

Imam Syafie

 IMAM SYAFIE adalah ulama yang tergolong dalam ulama salaf yang sangat berpengaruh yang digelar dengan gelaran "Imam Mazhab".Ketokohannya tiada banding sama ada pada zama beliau hidup mahupun selepasnya.Hujah-hujahnya tidak mampu dipatahkan oleh sesiapa pun yang brdepan dengan ulama yang berani dan tegas ini.
 
       Berjuta-juta umat islam merujuk kepada Imam Syafie sama ada semasa beliau masih hidup mahupun selepas meninggal dunia.Semuanya menunjukkan bagaimana besarnya pengaruh dan peranan Imam Syafie di kalangan umat islam dan para  pemikir Muslim.

       Nama sebenar Imam Syafie adalah Muhammad bin Idris.Salasilah keturunan beliau adalah Muhammad bin Idris bin Abbas bin Usman bin Syafie bin Saib bin Abdul Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf.Keturunan  beliau bertemu dengan keturunan Nabi Muhammad pada datuk Nabi Muhammad yang ketiga iaitu Abdul Manaf.
 
       Beliau dilahirkan di Ghuzah,nama sebuah  kampung yang termasuk di dalam daerah Palestin,pada bulan Rejab 150H atau 767 Masihi.Tempat asala ayah dan bonda beliau adalah  Mekah.Imam Syafie lahir di Palestin kerana pada masa itu bondanya pergi ke daerah itu bagi mendapatkan keperluan penting.Namun,dalam perjalanan menuju ke Palestin,ayahnya meninggal dunia.Pada masa itu,Imam Syafie masih dalam kandungan ibunya.Selepas berumur dua tahun,barulah Imam Syafie dan ibunya kembali ke Mekah.

      Semasa berumur 9 tahun,beliau sudah menghafal 30 juzuk Quran.Semasa berumur 19tahun,sudah mengerti isi kitab al-Muwatha' karangan Imam Malik.Tidak lama selepas itu,al-Muwatha' dihafal.kitab al-Muwatha' berisi hadis-hadis Nabi Muhammad yang dihimpun oleh Imam Malik.Oleh kerana kecerdasannya pada umur 15 tahu,beliau diizinkan memberi fatwa di hadapan masyarakat dan menjawat jawatan guru besar ilmu hadis serta mufti di Masjidil Haram,Mekah.

      Semasa berumur 20 tahun,beliau belajar di tempat Imam Malik di Madinah.Selepas itu,beliau ke Iraq,Parsi dan akhirnya kembali ke Madinah.Dalam usia 29 tahun,beliau pergi ke Yaman bagi menuntut ilmu pengetahuan.

       Berkaitan dengan ketaatan beliau dalam beribadah kepada Allah,diceritakan setiap malam beliau membahagikan malam itu kepada tiga bahagian.Sepertiga malam beliau gunakan bagi kewajipan sebagai manusia yang mempunyai keluarga,sepertiga malam untuk sembahyang dan zikir dan sepertiga lagi untuk tidur.

     Semasa Imam Syafie di Yaman,beliau diangkat menjadi setiausaha dan penulis  istimewa gabenor di Yaman,sekali gus menjadi guru besar di sana.Oleh kerana beliau termasuk dalam golongan orang pendatang,secara tiba-tiba memangku jawatan yang tinggi,maka ramai orang yang memfitnahnya.

     Ahli sejarah menceritakan,semasa Sultan Harun ar-Rasyid marah kepada kaum Syiah kerana mereka berusaha meruntuhkan kekuasaan Abbasyiah dan berhasrat mendirikan sebuah kerajaan Alawiyah iaitu keturunan Ali bin Abi Talib.Oleh itu,di mana sahaja kaum syiah berada mereka diburu dan dibunuh.

      Sultan dari Baghdad menghantar surat kepada Sultan Harun ar-Rasyid.Di dalam surat yang ditujukan kepada wali negeri itu diberitahu supaya semua kaum Syiah ditangkap.Tindakan pertama yang paling penting adalah menangkap para pemimpinnya,Apabila penangkapan itu sudah selesai,mereka semua dikirimkan ke Baghdad.Semuanya perlu dibelenggu dan dirantai.
  
     Imam Syafie juga ditangkap kerana di dalam surat itu dinyatakan Imam Syafie termasuk dalam senarai para pemimpin Syiah.Semasa peristiwa itu terjadi pada bulan Ramadhan,Imam Syafie dibawa ke Baghdad dengan dirantai kedua-dua belah tangannya.Dalam keadaan dibelenggu itu,para tahanan disuruh berjalan kaki dari Arab Selatan (Yaman) sampai ke Arab Utara(Baghdad).Perjalanan memakan masa selama dua bulan.Semasa di Baghdad,belenggu belum dibuka.Ia menyebabkan darah-darah hitam melekat pada rantai-rantai yang mengikat tangan mereka.

     Pada suatu malam,pengadilan pun dimulakan.Para tahanan seorang demi seorang masuk ke dalam bilik pemeriksaan.Selepas mereka di tanya dengan beberapakalimat,mereka dibunuh dengan memenggal leher.Ia dialas dengan kulit binatang yang diberi nama natha' supaya darah yang keluar dari leher yang dipotong tidak berserak.

     Dalam keadaan tenang,Imam Syafie menunggu giliran dengan memohon keadilan kepada Allah.Kemudian beliau dipanggil ke hadapan Sultan.Imam Syafie menyerahkan segalanya hanya kepada Allah.Dengan keadaan merangkak kerana kedua belah kaki beliau diikat dengan rantai,Imam Syafie menghadap Sultan.Semua para pembesar memerhatikan beliau.

    "assalamualaika,ya Amirul Mukminin wabarakatuh."ucapan salam beliau kepada Sultan tidak disempurnakan dengan "warahmatullah".

     "waalaikassalam warahmatullah wabarakatuh," jawab Sultan.Kemudian Sultan bertanya,"Mengapa engkau mengucap salam dengan ucapan yang tidak diperintahkan oleh sunah dan mengapa engkau berani berkata-kata dalam majlis ini sebelum mendapat izin daripada saya?"

      Imam Syafie menjawab,"Tidak saya ucapkan kata "warahmatullah" kerana rahmat Allah terletak dalam hati baginda sendiri."

     Mendengar kata-kata itu hati Sultan menjadi lembut.Kemulian Imam Syafie membaca surah an-Nur aayat 55 yang bermaksud"Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman diantara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dian sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di buni,sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa,dan sesungguhnya Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhainya untuk mereka,dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka,sesudah mereka berada dalam ketakutanmenjadi aman sentosa."

    Selepas membaca ayat di atas,Imam Syafie kemudia berkata,"Demikianlah Allah telah menepati janjinya kerana sekarang,baginda telah menjadi khalifah,jawapan salam baginda tadi membuat hati saya menjadi aman."Hati Sultan menjadi bertambah lembut.Sulatan Harun ar-Rasyid bertanya kembali,"Kenapa engkau menyebarkan fahaman Syiah dan apa alasanmu untuk menolak tuduhan ke atas dirimu."

    "Saya tidak dapat menjawab pertanyaan baginda dengan baik apabila saya masih di rantai begini.Jika belenggu ini dibuka,Insya-Allah saya akan menjawab dengan sempurna.Lalu Sultan memerintah kepada pengawal untuk membuka belenggu yang mengikat Imam Syafie.Apabila rantai yang yang membelenggu kedua kaki dan tangannya itu dibuka,maka Imaam Syafie duduk dengan baik.Kemudian,beliau membaca surah al-Hujarat ayat 6 yang bermaksud,"Hai orang-orang yang beriman,jika datang kepadamu orang fasik yang membawa suatu berita,maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan sesuatu musibat kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu."

     "Ya Amirul Mukminin,sesungguhnya berita yang sampai kepada baginda itu dalah dusta belaka.Sesungguhnya saya ini menjaga kehormatan Islam.Dan  bagindalah yang berhak memegang adab kitab Allah kerana baginda adalah putera  bapa saudara Rasulullah iaitu Abbas.Kita sama-sama menghormati keluarga Rasulullah.Maka kalau saya dituduh Syiah kerana saya sayang dan cinta kepada Rasulullah dan keluarganya,maka demi Allah,biarla umat islam sedunia ini menyaksikan bahawa saya adalah Syiah.Dan tuan-tuan sendiri tentunya sayang dan cinta kepada keluarga Rasulullah."

        Demikian jawab Imam Syafie.Baginda Harun ar-Rasyid  pun menekurkan kepalanya kemudian berkata kepada Imam Syafie."Mulai hati ini bergembiralah engkau agar lenyaplah perselisihan ntara kami dengan kamu kerana kami harus memelihara dan menghormati pengetahuanmu wahai Imam Syafie."

       Demikianlah kehidupan Imam Syafie sebagai ulama besar yang tidak lepas daripada  pelbagai cubaan serta seksaan pihak yang tidak mengerti akan hakikat kebenaran,Hanya orang yang taba,beriman serta berpengetahuan yang dapat menghadapi setiap cubaan itu sebagai ujian daripada Allah.:)

diambil dari buku 30 wasiat Imam Syafie;)
HARAP MNDAPAT SEDIKIT ILMU;)
    
    

Tiada ulasan:

Catat Ulasan